Sunday, August 21, 2011
Keriang Pulau Blues 9 (Puasa dan Raya)
Dah lama aku tak menulis tentang hal kampung. namun begitu aku puji Abang Man Haron,yang masih lagi aktif menulis tentang suasana Kampung Keriang Pulau semasa puasa waktu dulu-dulu.
Teringat semasa buan inilah, rumah aku begitu kerap dikunjungi jiran untuk menembuk tepung beras, kacang untuk dibuat kueh raya. Emak aku juga dok sibuk buat kueh bahulu. Guna acuan, bakar atas dan bawah. Untuk itu pulut sabut begitu banyak digunakan. Bau harum pulut sabut masih aku teringat. Masa bulan puasa jugak jiran-jiran menghantar kueh-mueh. Syoknya boleh rasa kueh macam-macam. Antara yang favourite ialah buah melaka, lopes, lepat liat, tepung talam, cucuq udang. Adik aku memang suka cucoq udang yang mak aku buat. tiap-tiap tahun dia akan minta mak buat.
Waktu berbuka pula, masa tuh masih diamalkan lagi tembak meriam di padang KFA (dekat Kompleks Hijau kuning). Bila tiba waktu, kami keluar di kepala jalan. Bila meriam berbunyi, kami pakat kayuh gerek laju-laju untuk berbuka puasa di rumah. Malam pi Sembahyang Terawikh kat Madrasah. Ada ketika main mercun roket. Jalan satu kampung dengan kawan-kawan.
Masa hariraya, pakat pi sembahyang sunat di Madrasah. penuh sesak. maklumlah terdapat jugak kariah yang setahun sekali datang ke madrasah. Lepas Sembahyang , geng-geng orang tua buat kenduri tahlil di madrasah. Geng-geng kanak-kanak dan remaja pergi berkunjung-mengunjung ke rumah rakan. Tentang bab inilah aku jadi rendah diri sikit sebab rumah aku tak ada televisyen dan peti ais. Aapapun sesetengah kawan ada datang berkunjung jugak, tak mengira kita kaya atau miskin. Selalunya emak aku sediakan ketupat daun palas dan gulai daging. Selain itu, kueh bahulu, kueh karas, loyang dan dodoi turut dihidang. Alhamdulilah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment