Saturday, December 4, 2010

Masalah sosial di INDONESIA

JAKARTA: Lebih separuh daripada remaja Jakarta mengaku berzina, kata Agensi Perancang Keluarga Kebangsaan, semalam.

Hasil kajian dilakukan agensi itu menunjukkan, daripada 100 remaja ditemui, 51 mengaku tidak lagi dara.

Walaupun begitu, ketuanya, Sugiri Syarif, berkata jumlah itu masih rendah berbanding bandar raya lain seperti Surabaya (54 peratus) dan Medan (52 peratus).

Di Bandung pula, kadarnya adalah 47 peratus.

Kajian menunjukkan, sebanyak 2.4 juta pengguguran janin dilakukan di Indonesia setiap tahun, 800,000 daripadanya membabitkan remaja, katanya, semalam.

Satu kajian lain pula menunjukkan, 37 peratus daripada 1,160 mahasiswa di Yogyakarta mengaku pernah hamil di luar nikah. – Agensi

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment