Saturday, December 18, 2010

Pertandingan Kasut Bersih

....Semasa bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tandop (Sekolah Rendah Datuk Wan Mohd Saman, ALOR SETAR pada tahun 70an, suatu pertandingan yang menarik perhatian saya hingga kini adalah pertandingan Kasut Bersih. Kebanyakan murid-murid yang bersekolah ketika itu adalah terdiri daripada anak-anak pesawah yang tinggal di kampung-kampung yang berhampiran sekolah itu seperti Kg Keriang Pulau, Batu 2, Hujung Alor, Telok Bagan, Selarong Lalang, Alor Terong dan lain-lain kawasan sekitarnya. Kebanyakkan mereka berjalan kaki ke sekolah. Jika cuaca kering(panas), murid-murid kelihatan kemas memakai kasut putih. Jika cuaca hujan, alamatnya kotor dan berselut saja lantai kelas. Namun begitu ada juga yang pandai menjaga kasut sekolah mereka iaitu dengan memakai selipar ketika berjalan ke sekolah. Pabila tiba di sekolah, mereka akan memakai kasut sekolah yang putih itu. Terdapat juga ibu-bapa yang bijak mengatasi masalah ini iaitu dengan membeli kasut sekolah plastik warna putih. Jadinya, anak-anak hanya perlu mencuci bahagian luar kasut sahaja pabila sampai di sekolah dan kasut kelihatan putih seperti yang dikehendahi oleh pihak guru sekolah.Antara jenama kasut yang top ketika itu ialah Bata dan fung keong. Seorang rakan sebaya, sekelas dan sekampung, Uzaiza (Ja) selalu memenangi pertandingan ini.

Moral daripada pertandingan ini ialah mengajar kita menjadi berdisplin dan sentiasa mementingkan kebersihan diri. Berbanding dengan pelajar-pelajar sekarang, kasut macam belacan(belemuih - kata orang Utara). JIka sesiapa yang memakai kasut putih melepak, dikatakan orang itu mad belia, nerd dan sebagainya.

Cemburu betui kat dia.

No comments:

Post a Comment