Friday, December 24, 2010

Masalah sosial kita semakin parah

Dua beradik peluk kekasih

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.


Langsung tak takut ibu bapa


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Tindakan dua anak gadis bawah umur itu melakukan perbuatan tidak senonoh bersama pasangan masing-masing dengan berkongsi bilik di dalam rumah menggambarkan mereka tidak takut langsung dengan ibu bapa mereka,” kata tokoh agama, Datuk Dr Haron Din.

Beliau yang juga Penaung Pusat perubatan Islam Darussyifa’ menyifatkan hal itu berpunca daripada longgarnya sistem pemantauan keluarga dan masyarakat, selain budaya kehidupan remaja kini yang semakin terdedah rangsangan hawa nafsu.


“Walaupun ibu bapa sudah memberi pendidikan agama, perkara ini tidak memberi kesan. Jika dalam rumah sendiri pun mereka berani untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, kita tak dapat bayangkan apa yang mampu mereka lakukan sekiranya berada di luar rumah seperti di tempat sunyi atau kawasan melepak mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Haron berkata, perasaan malu seperti sudah terhakis dari dalam diri dua remaja terbabit sehingga boleh bertindak di luar batasan tanpa memikirkan kesan selepas itu.



No comments:

Post a Comment