Saturday, December 25, 2010

Nostalgia kenduri zaman 70an-80an

lagu-lagu Hindustan dan Nasyid El Suraya sememangnya menggamit memori kenduri kahwin zaman 70an dan 80an...di kampung-kampung sekitar utara semenanjung (negeri lain mungkin sama jugak kot/). Teringat lagi masa tu..tukang speaker (PA Sistem) ..akan ditempah olah tuan kenduri. Seawal pagi..beliau dan beberapa orang pembantunya akan memasang speaker kat pokok-pokok yang agak tinggi berhampiran rumah kenduri. Sambung wayar ke alat pemain piring hitam dan juga amplifer. Antara piring hitam yang akan dimainkan ialah...Bacaan Al Quran oleh Ust Ismail Hashim (johan qari kebangsaan dan antarabangsa), kemudiannya lagu nasyid, lagu hidustan, lagu pop semasa dan juga lagu-lagu inggeris. Tujuan penggunaan speaker ini adalah untuk memberitahu tempat rumah kenduri supaya dari jauh lagi orang boleh dengar disamping menghiburkan para tetamu yang datang dan juga pemuda-pemuda(golongan belia) yang duduk bergotong royong membantu tuan rumah kenduri.
Selain itu antara kegunaan sistem pa itu ialah semasa majlis Marhaban. Paling bestnya; bila time klimaks..pengantin bersanding..tuan speaker(penjaga piring hitam) akan mainkan lagu selamat pengantin baru...fuhh best betul. (terkonang den).

No comments:

Post a Comment