Thursday, October 27, 2011

Hak Asasi Digunakan bagi kepentingan politik...

Pembangkang menggunakan isu-isu hak asasi manusia untuk kepentingan politik mereka, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, kata Mahathir, beliau bersetuju dengan kebimbangan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang khuatir 'gelombang hak asasi manusia' disalah-gunakan dan bukannya untuk "menyelamatkan seseorang".

"... Sementara kita menghormati hak asasi manusia, tapi ia perlu (dilaksanakan) ikut kemampuan kita," kata Mahathir hari ini

"Jika kita ikut Barat, yang mengamalkan hak asasi manusia melampau seperti membolehkan lelaki berkahwin dengan lelaki (yang lain) dan wanita berkahwin dengan wanita (lain), (bahawa ini) harus ditolak terus," katanya.

Mahathir berkata, sebagai sebuah negara membangun, berbilang kaum dan agama, keadaan di Malaysia tidak sama seperti negara-negara di Barat.

"Apabila terperangkap, mereka mencabul hak asasi manusia lebih teruk berbanding kita, seperti yang dilakukan mereka di Guantanamo Bay."

"Mereka (Amerika Syarikat) tidak mempunyai undang-undang untuk menahan rakyat tanpa bicara, seperti di (kem tahanan Teluk) Guantanamo, yang kini sudah 11 tahun. Mengapa tidak mereka membebaskan (orang-orang tahanan)?"

Katanya, Malaysia mempunyai undang-undang untuk menahan orang ramai seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun Amerika Syarikat yang tidak mempunyai undang-undang itu, tetapi mereka masih menahan dan mendera tahanan selama 11 tahun.

Semalam, bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor, ketika berucap pada perasmian mesyuarat agung tahunan PERKASA melahirkan kebimbangannya bahawa gelombang hak asasi manusia akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment