Jika melihat pada statistik lebih kurang dua minggu lepas, tidak kurang 27 pasangan melayu/Islam yang bercerai setiap hari. Kita lihat contoh artis sudahlah, boleh dikatakan 80 mereka peratus bercerai. Baru-baru ini , seorang anak AR TOMPEL buat penampilan dalam Maharaja Lawak Mega bahawa bapanya dahulu pernah kahwin 6 kali, dan punyai anak 19 orang.
Bila dengarkan ini aku tidak terkejut kerana arwah datuk aku pernah "kahwin-cerai" sebanyak lapan kali. Yang herannya masa itu, setelah bercerai sama ada menjadi duda atau janda akan bertemu jodoh dengan orang lain pulak. Jika seorang lelaki pernah 5-6 kali kahwin, si perempuan pun ada yang banyak kali kahwin juga. Diceritakan bahawa emak aku seorangnya anak tunggul pasangan datuk dan nenek aku kahwin. Selepas itu datuk aku tidak mendapat anak dengan 7 isterinya yang lain. Seingat aku, aku cuma mengenali isterinya yang terakhir, seorang janda tinggal di Arau, PERLIS. Nenek tiri aku memang cantik dan lawa orangnya. Mungkin Datuk aku pandai "mengayatkan"nya.
No comments:
Post a Comment