Saturday, February 5, 2011

Zaman TV Hitam Putih.

Aku tidak ingat tahun bilakah kampung kami dimasukkan elektrik dari rumah ke rumah, tapi yang pasti rumah akulah yang paling lewat sebab kami susah. Jadinya sekitar tahun 70an, jika nak tengok tv (hitam putih) terpaksalah pergi tengok di rumah orang yang berada sikit. Sebelum elektrik, kebanyakkan orang kampung yang mempunyai tv menggunakan generator. Antara mereka adalah Tok Ndak Yet, Tok Haji Syarit dan beberapa orang lagi. Aku masih ingat lagi mengambil upah cabut uban Tok Ndak sebagai tiket untuk tengok cerita Melayu yang disiarkan pada setiap hari Jumaat Malam Sabtu. Memang ramai yang datang tengok. Kekadang jika time break , ada pula Laporan Parlimen dan Peristiwa, jenuhlah kita menunggu dan alamatnya sampai tengah malamlah kita baru balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment