

Aku  tak ingat sangat masa periksa(Exam) Penilaian Darjah 5 di Sek Dato Wan  Mat Saman, Tandop. aku dapat berapa,,result aku bukan baguih sangat.  Namun begitu aku dapat peluang belajar di Sek Men Keat Hwa, Jalan Kuala  Kedah. Difahamkan sekolah ni ambil pelajar yang agak cemerlang sikit  dari sekolah rendah kami. Kalau pelajar yang kurang baik, akan  bersekolah di SM Telok Chengai atau SM Tun Sharifah Rodziah. Namun  begitu terdapat juga ibu-bapa yang curiga untuk menyekolahkan anak depa  ke sekolah yang majoritinya cina, "takut" kantin menjual makan-makanan  yang tak halal.
Pada permulaan sekolah menengah si SMKH, aku bawa  bekal. Selalunya emak akan bekalkan nasi bersama lauk ikan sambal atau  telor sambal,...hmm sedap..masih terasa bau wangi nasi yang mesra dengan  lauk ketika aku membuka tupperware. Sebenarnya di sekolah cina itu ,  terdapat juga peniaga Melayu yang menjual makanan untuk pelajar  melayu/Islam. Paling aku ingat ialah bihun berkuahkan laksa. Best1!!  sedap.  kat sekolah ni, kami turut diajar asas Bahasa mandarin. best  jugak dapat tahu bahasa asing ni. Namun begitu tidak dapat mahir dlam  aspek lisan kerana semua kami adalah pelajar melayu.
 
 
No comments:
Post a Comment