Sunday, March 6, 2011

Kampung Boy.....Keseronokkan tonton bola "live"



Malam tadi dapat menonton perlawanan bolasepak LIVERPOOL lawan MAN UTD secara "live" dari Anfield di sebuah restoran mamak kat Sri Rampai, Setapak. Memang best. Penyokong kedua-dua pasukan memenuhi meja makan, beberapa tv dan satu skrin besar sedia terpasang siaran langsung itu. Rasanya dimana-mana pun restoran telah sediakan perkhidmatan sedemikian..dah jadi trendlah katakan. Keputusan perlawanan, pasukan BANGAU belasah SETAN MERAH 3-1. Yang untungnya tokey restoran.

Teringat juga waktu remaja dulu-dulu sekitar tahun awal 80an dikampung keriang pulau, tengok bola secara "live" di rumah Tok Ndak Id(Arwah Id kak Doh), ..English Premier League..dan juga Piala Dunia atau Eropah. Semua penduduk kampung berkumpul ramai-ramai.

No comments:

Post a Comment