Oleh Abd. Manaf Ahmad
Seorang  Ulamak dan penulis terkenal dari Mesir Sheikh Mustafa Lutfi al  Manfaluti, telah menerima sepucuk surat daripada peminatnya yang menegur  beliau kerana tidak pernah menulis mengenai isu-isu politik, malah  lebih banyak tertumpu kepada tulisan dan ceramah mengnenai isu-isu moral  dan masyarakat. Mengapa mata pena anda tidak mahu menggariskan isu-isu  politik. Kami menunggu buah fikiran anda mengenai politik. Kami ingin  melihat tuan Sheikh sebagai seorang ahli politik.
Dalam  jawapannya, Tuan Sheikh itu menulis “Allah mengetahui bahawa saya tidak  suka terlibat dalam kegiatan politik kerana politik itu dicemari dengan  pembohongan, hasad dengki, penyelewengan, khianat dan fitnah”.
“Saya  tidak suka menjadi tukang tarik tali gantung , malah tidak ada apa-apa  bedanya antara orang politik dengan tukang tarik tali gantung. Bukankah  kerja mereka untuk membunuh orang?. Apakah bezanya dengan ahli politik  yang membunuh seluruh umat melalui fitnahnya?”
“Bukankah ahli  politik yang terdapat dalam kalangan Umat Islam hari ini, sangat keras  hati dan sanggup melakukan tipu helah sehingga mereka terlupa segala  rahmat dan nekmat yang Allah curahkan kepada mereka. Bukankah orang  politik itu mendapat kedudukan yang tinggi. Namun sejarah hidup  politiknya penuh dengan titik-titik hitam”.
 “Bolehkah menjadi  seorang politik, jika tidak berdusta dalam perkataan dan perbuatannya,  sepanjang kariar politiknya? Bolehkah ia melahirkan apa yang sebenarnya  ada dalam sanubarinya. Mampukah ia tersenyum di kala berhadapan dengan  seorang yang menangis kerana kecelakaan? Atau mampukah ia menangis di  kala berhadapan dengan seorang yang sedang ketawa?” 
Menjadi  lumrah alam, seseorang yang sudah melakukan rasuah atau mencuri, apabila  samapai ke surau atau masjid, mereka menadah tangan kelangit, memohon  agar Allah memberi kepada mereka rezki yang halal  dan menjauhi makanan  yang haram.
Orang politik itu cepat melenting apabila ditanya  oleh wartawan mengenai perkara-perkara yang menjadi punca kemarahan  kepadanya. Dia lupa kepada ceramahnya di masjid tadi yang melarang  supaya umat Islam jangan cepat marah atau membuat fitnah atau menghina  orang lain. Apabila ditanya mengenai isu-isu sensitif dia naik berang  dan lisan yang tidak bertulang itu akan memuntahkan perkatan-perkatan  yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar ulamak.
Pada  suatu hari seorang ulamak yang baru balik dari Mesir, sangat petah  bercakap dan hujahnya membawa keyakinan. Peminatnya sangat banyak di  sekitar lembah Klang yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik.  Bilangan itu semakin bertambah dari satu masa ke satu masa.
Pada  suatu hari seorang orang tua yang menjadi peminat setianya membisik ke  teling tuan guru agar beliau jangan menyertai mana-mana parti politk  kerana bimbang akan hilang taringnya pada suatu hari nanti, malah akan  hilang seorang pendakwah yang sangat diperlukan oleh umat Islam. 
Memang  benar, apabila Tuan Guru itu menyertai sebuah parti politik, beliau  telah kehilangan muridnya kerana yang hadir boleh dibilang dengan jari.  Bukankah itu satu kerugian. Mereka menungu-nunggu agar Tuan Guru itu  meninggalkan politk dan meyertai gerakan pembebasan fasad yang  memerlukan kepada penceramah motivasi seperti beliau untuk meletakkan  Islam selaras dengan zaman sains dan teknologi masa kini. 
(Datuk Abd. Manaf Ahmad adalah Pengerusi Manaf Research Centre)
>>> petikan email.
 
 
No comments:
Post a Comment