Thursday, March 17, 2011

Sterika Arang Kayu


Zaman letrik belum masuk ke rumah aku lagi dimana semuanya ketika itu pakai lampu minyak tanah, seperkara yang menarik ialah bila kita hendak mengosok pakaian. Masa itu ibu aku akan pinjam steriika besi arang kayu. Arang kayu yang telah dibakar dan masih membara dimasukkan ke dalam satu ruang dalam sterika yang dibuat daripada besi dan amat berat bagi seorang budak untuk mengangkatnya. Sterika ini paling digunakan ketika malam hari raya ataupun ketika aku kena hadir terima anugerah pelajar cemerlang kat sekolah. Bau wangi selepas kain digosok masih aku terbayang.

No comments:

Post a Comment