Sunday, March 13, 2011

DNA.....(Wikipedia)

Asid deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Dalam bakteria, organisma sel prokaryotik, dan organisma rendah yang lain, DNA tersebar di dalam keseluruhan sel. Dalam sel rumit atau sel eukaryotik yang membentuk tumbuhan, haiwan dan organisma pelbagai-sel yang lain, kebanyakan DNA terdapat di dalam nukleus sel. Organel penjana tenaga seperti kloroplas dan mitokondria dan kebanyakan virus juga mengandungi DNA.


No comments:

Post a Comment