Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26. Foto: Osman Adnan (21/11/2011)
JAKARTA: PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.
Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu  namun mereka  gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di  pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea  berlang sung.
Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang  memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang  berada di belakang.
Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak  menaiki  Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan  namun sebaliknya yang berlaku. 
Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan  itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah  mengetuk bas skuad negara  dengan menggunakan kayu  sambil ada di antara mereka mengejek dan  menunjukkan  isyarat lucah. 
Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Ma laysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat.
 






 
No comments:
Post a Comment