Tarikh : November 12, 2011
 
                              SEREMBAN - Laporan polis oleh seorang wanita, membawa kepada penemuan  mayat anak perempuannya berumur dua tahun yang ditanam di belakang  rumahnya, di Taman Kwang Tong, Lobak dekat sini, 4 November lalu.
 
 Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, wanita berumur  27 tahun itu, mendakwa anaknya didapati dalam keadaan nazak dan tidak  bermaya pada 3 Julai lalu.
 
 “Menurut wanita itu, terdapat kesan lebam dan luka seluruh tubuh  kanak-kanak malang itu, dipercayai didera oleh teman lelakinya.
 
 “Lelaki berkenaan dikatakan membawa anak perempuan wanita terbabit ke  bahagian belakang rumah untuk ditanam kira-kira jam 1 pagi keesokannya,”  katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini, semalam.
 
 Menurutnya, wanita itu tidak berani membuat laporan lebih awal kepada pihak berkuasa kerana suspek mengugut mahu membunuhnya.
 
 “Bagaimanapun, ibu mangsa akhirnya, berjaya melarikan diri dari rumah  didiami bersama suspek sejak awal tahun ini, untuk membuat laporan polis  mengenai kejadian itu.
 
 “Suspek dipercayai sering bertindak kejam mendera kanak-kanak itu dan  wanita terbabit dipukul, apabila cuba menghalang,” katanya.
 
 Sehubungan itu, Osman meminta Khalid Redza Shuib, 30, pemegang MyKad  bernombor 810707-03-6061 tampil membantu polis menyiasat kes itu,  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
 
No comments:
Post a Comment