KONGSI...Kamaliah (kiri) berkongsi bersama rakan sekelasnya Allysha Mohamad Nadzri yang turut mendapat 5A.
KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.
 Dia juga  tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata  pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh  4B 1C.    “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya  terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga  bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak  jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.
Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.
  Sementara itu, Kamaliah Nasuha Azuan, 12, dari Sekolah Kebangsaan  Taman Tun Dr Ismail 1, kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR berbaloi  dengan usaha kerasnya selama ini walaupun terpaksa menyeimbangi antara  latihan sukan dan akademik.
 Kamaliah yang pernah mewakili  sekolahnya dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat negeri berkata,  walaupun penat menjalani latihan kokurikulum di sekolah, dia cuba  mencuri masa dua jam untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi  peperiksaan.
 






 
No comments:
Post a Comment